Penunggang motosikal maut terbabas

Gambar kecil, Muhammad Syafiq Mohd Radzwan.
Gambar kecil, Muhammad Syafiq Mohd Radzwan.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas di KM430.3 Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara) jam 1.20 petang tadi.

Mangsa, Muhammad Syafiq Mohd Radzwan, 23, yang beralamat di Bandar Sungai Buaya meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Azman Ab Rahman berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR seorang diri dalam perjalanan dari Rawang menuju Utara.

Menurutnya, tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang terbabas sendiri dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Sungai Buloh.

"Motosikal terbabit rosak di bahagian hadapan dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: