Lagu 'Kill this love' Blackpink cecah 500 juta tontonan di Youtube

No Image Caption
A
A
A

MUZIK video terkini 'kill this love' dendangan kumpulan wanita popular Korea Selatan Blackpink mencecah 500 juta tontonan di YouTube, jumlah tertinggi pernah dicapai kumpulan K-pop dalam tempoh paling singkat, lapor agensi berita Yonhap.

Tontonan video muzik itu mencecah 500 juta tontonan pada Khamis, 111 hari selepas dikeluarkan pada awal April.

"Ia adalah pencapaian terpantas oleh artis K-pop setakat ini," menurut agensi pengurusan Blackpink, YG Entertainment.

Video muzik 'Ddu-du Ddu-du,' dan "'Boombayah' yang dikeluarkan sebelum ini pula mencecah hampir 800 juta tontonan di YouTube.

'Kill this love' turut menduduki tangga ke-24 dalam carta Billboard 200 dan di kedudukan ke-41 carta Billboard Hot 100 pada April.- Bernama

Artikel Berkaitan: