Banjir kilat di Jalan Rawang-Bestari Jaya tak seteruk dulu

Wei Kiat (dua dari kanan) meninjau progres pelebaran Sungai Gong yang kini hampir siap.
Wei Kiat (dua dari kanan) meninjau progres pelebaran Sungai Gong yang kini hampir siap.
A
A
A

RAWANG - Taburan hujan luar jangka punca banjir kilat di Jalan Rawang-Bestari Jaya (B27) pada Isnin dan Rabu lalu.

Namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat berkata, kesan daripada kejadian itu tidak seteruk seperti sebelumnya.

Wei Kiat berkata, penduduk maklumkan, air surut kurang 30 minit dan limpahan Sungai Gong hanya memasuki kawasan jalan tanpa menjejaskan unit rumah kedai.

Projek pelebaran Sungai Gong sedang berjalan dan dijangka siap Disember ini sebelum projek naik taraf jalan diteruskan dijangka siap 2021.
Projek pelebaran Sungai Gong sedang berjalan dan dijangka siap Disember ini sebelum projek naik taraf jalan diteruskan dijangka siap 2021.

"Sudah ada perkembangan positif dari projek naik taraf jalan dan sungai di kawasan itu apabila kesan banjir semakin berkurangan.

"Cuma masalah itu tidak mampu diselesaikan sepenuhnya memandangkan projek masih berjalan dan dijangka selesai 2021," katanya sewaktu tinjauan lokasi banjir bersama Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama katanya, jambatan haram yang dibina pada anak Sungai Gong berhampiran tol Rawang akan dirobohkan dalam usaha mengurangkan kesan banjir.

Artikel Berkaitan:

Jambatan haram yang terletak berhampiran tol Rawang dicadangkan untuk dirobohkan selepas menjadi punca pengaliran air tersumbat.
Jambatan haram yang terletak berhampiran tol Rawang dicadangkan untuk dirobohkan selepas menjadi punca pengaliran air tersumbat.

"Cadangan perobohan itu dibuat disebabkan palong bawah jambatan itu tersumbat dengan sampah yang menghalang kelancaran air.

"Didapati jambatan itu dibina tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan tiada penyelenggaraan dilakukan di kawasan itu," katanya.

Tambahnya, kesan banjir juga akan berkurangan selepas projek kolam takungan banjir di bawah seliaan JPS Gombak siap September ini.

Katanya, pihaknya sentiasa memantau perkembangan projek di lapangan dengan memastikan ia disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Palong dibawah jambatan haram tidak diselenggara menyebabkan aliran air tidak lancar.
Palong dibawah jambatan haram tidak diselenggara menyebabkan aliran air tidak lancar.

"Saya faham kesulitan dihadapi pengguna cuma saya nasihatkan supaya pengguna sentiasa patuhi arahan penguatkuasa ketika berdepan situasi banjir untuk elakkan insiden tidak diingini.

"Dalam masa sama pengguna perlu sentiasa peka dengan keadaan paras air melalui penanda aras yang dipasang di beberapa kawasan sepanjang laluan itu.

"Jika parasnya mencecah 0.1 meter, elakkan melalui jalan tersebut bagi mengelak tersangkut pada banjir kilat," katanya.

Dalam kejadian Isnin lalu, beberapa kenderaan dilaporkan terperangkap susulan limpahan air sungai mengalir ke atas jalan.

Pasukan bomba membantu mangsa untuk mengalihkan kenderaan yang terperangkap dalam banjir dan melakukan pemantauan sehingga air surut.

Kejadian banjir kilat di jalan B27 dalam kejadian Isnin lalu.
Kejadian banjir kilat di jalan B27 dalam kejadian Isnin lalu.