Zulkifli cemerlang 14 tahun pacu APMM

Zulkifli pada Majlis Perbarisan Istiadat Paluan Berundur Ketua Pengarah Maritim Malaysia di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (Amsas) hari ini.
Zulkifli pada Majlis Perbarisan Istiadat Paluan Berundur Ketua Pengarah Maritim Malaysia di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (Amsas) hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar, 60, akan menamatkan perkhidmatannya pada 5 Ogos ini.

Zulkifli yang sudah 14 tahun berkhidmat dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dianggap cemerlang memacu agensi itu berada di landasan tepat.

Menurutnya, sepanjang diberikan amanah sebagai ketua pengarah, beliau telah melaksanakan beberapa perubahan yang mantap dengan menyusun semula struktur wilayah APMM kepada konsep baharu bGk membolehkan skop operasi dilakukan secara menyeluruh dan sistematik serta efisen.

“Semua yang saya lakukan ini untuk meletakkan APMM pada kedudukan dinamik dan sistematik bagi merealisasikan visi APMM iaitu ‘Menjadi Antara Agensi Penguatkuasaan Maritim yang terbaik di dunia’,.

“Jadi, saya harapkan pengganti saya nanti dapat meneruskan kesinambungan pelaksanaan yang dirasakan baik untuk agensi pada masa akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perbarisan Istiadat Paluan Berundur Ketua Pengarah Maritim Malaysia di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (Amsas) di sini hari ini.

Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Datuk Tan Kok Kwee dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Mohd Yusoff Aman.

Zulkifli menaiki kenderaan yang ditarik pegawai dan anggota APMM pada majlis itu.
Zulkifli menaiki kenderaan yang ditarik pegawai dan anggota APMM pada majlis itu.

Zulkifli berkata, berbagai pengalaman telah beliau tempuhi dalam memikul tanggungjawab dan melaksanakan tugas yang diamanahkan dan akan menjadikannya satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Artikel Berkaitan:

"Saya berasa amat terharu kerana akan berpisah dengan rakan seperjuangan di agensi saya sayangi.

“Tapi saya berasa bangga dan bertuah kerana dapat berkhidmat untuk negara dalam mempertahankan keselamatan perairan negara,” katanya.

Zulkifli yang sebelum ini pernah berkhidmat selama 28 tahun bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berharap Maritim Malaysia akan lebih cemerlang pada masa hadapan.

Jelasnya, malah APMM telah melakar banyak kejayaan antaranya mengurangkan sindiket penangkapan oleh bot nelayan asing dengan wujudnya 'Task Force' dan menyelesaikan kes berprofil tinggi melibatkan rompakan kapal dagang.

Beliau juga memohon kemaafan terhadap sebarang kekhilafan sepanjang berkhidmat dalam agensi ini.

“Saya ingin berpesan kepada pegawai-pegawai yang masih muda, pertingkatkanlah ilmu terutamanya berkaitan undang-undang sebagai persiapan diri anda kerana semua berpotensi menerajui agensi ini kelak,” katanya.