Putus tunang: Syafie Naswip terus positif

FOTO INSTAGRAM SYAFIE NASWIP
FOTO INSTAGRAM SYAFIE NASWIP
A
A
A

KECOH seketika berita putus tunang antara pelakon Syafie Naswip dan juga Aishah Azman sehingga mengejutkan ramai pihak bukan sahaja dalam kalangan peminat malah juga rakan-rakan artis lain.

Namun status terbaru yang dimuat naik Syafie di Instagram (IG), dia dilihat begitu positif meskipun diuji putus tunang dengan Aishah, malah kata-kata beliau langsung tidak menyalahkan sesiapa.

"Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua dengan izinNYA. Kita doa yang baik-baik sahaja Ya. Kekal Positif dan sebarkan cinta (Stay Positive and Spread The Love)”, tulis Syafie di Instagram beliau.

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on

Apa yang menarik, status tersebut bukan sahaja mendapat reaksi peminat yang memberi kata-kata dorongan malah rakan artis lain iaitu antaranya, Rita Rudaini, Catriona Brian Ross, Bella Dally dan juga Zarina Zainuddin.

"Ada sebab ALLAH bagi sesuatu terjadi dan ada sesuatu yang lebih baik ALLAH ganti di masa depan Ucu....'Sayang dari kak long," tulis ritrud727.

Syafie dilihat turut membalas komen Rita tersebut dengan berterima kasih kepada pelakon yang digelar kak Long itu.

“@ritrud727 Terima Kasih kak long... Amin sayang kak Long”, balas Syafie

Artikel Berkaitan:

"Sedih bila mendengarnya (So sorry to hear about it) Ayie... Terkilan jugak... Tapi harap Ayie ok... Salam sayang dari kakak," catrionabrianross

"Terus kuat," tulis belladally.

"ALLAHuakhbar... Kakak berdoa semuga dipermudahkan jodohmu adik, amin," tulis zarinazainuddin_.

FOTO INSTAGRAM SYAFIE NASWIP
FOTO INSTAGRAM SYAFIE NASWIP

Terdahulu pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman mengesahkan ikatan pertunangan yang dibina tiga bulan lalu terlerai. Menerusi laporan Astro Gempak, Syafie memberitahu keputusan berat itu dibuat atas persetujuan bersama.

Syafie dan Aishah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April lalu.

Spekulasi mengenai hubungan Syafie dan adik kepada pelakon Afiq Muiz itu mula diperkatakan apabila mereka memadam foto bersama, selain sudah tidak lagi mengikuti akaun IG masing-masing.

Memetik laporan sebelum ini, Syafie berkata, dia tidak mahu menunggu lama untuk menamatkan zaman bujang memandangkan sudah tiba waktu sesuai untuknya berkahwin.

Biarpun belum menetapkan tarikh perkahwinan, namun Syafie dan Aishah pernah meluahkan hasrat untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri pada tahun ini juga.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafie Naswip, Aishah Azman putus tunang