Tiada 'Ghost Smoke' dikesan di Jerantut

Pemeriksaan dijalankan anggota penguat kuasa KPDNHEP Jerantut di daerah ini bermula Isnin lalu.
Pemeriksaan dijalankan anggota penguat kuasa KPDNHEP Jerantut di daerah ini bermula Isnin lalu.
A
A
A
JERANTUT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan tiada penjualan gula-gula Ghost Smoke dikesan di daerah itu.

Ketua Cawangan KPDNHEP Jetantut, Mohd Faizul Salleh berkata, ia hasil pemeriksaan berkala dijalankan di premis sekitar daerah ini bermula Isnin lalu.

Pemeriksaan dijalankan anggota penguat kuasa KPDNHEP Jerantut di daerah ini bermula Isnin lalu.
Pemeriksaan dijalankan anggota penguat kuasa KPDNHEP Jerantut di daerah ini bermula Isnin lalu.

Menurutnya, operasi tersebut berikutan penularan gula-gula berasap itu di laman sosial baru-baru ini.

"Sasaran lokasi pemeriksaan dijalankan adalah premis yang menjual alat mainan, makanan ringan dan juga gerai-gerai berhampiran kawasan sekolah.

"Hasil pemeriksaan di premis menunjukkan tiada sebarang penjualan 'Ghost Smoke' dikesan. Peniaga juga menghentikan penjualan gula-gula tersebut sebaik isu ini tular.

"Kita juga masih belum menerima sebarang aduan daripada orang awam terutama ibu bapa atau guru setakat ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pemeriksaan dijalankan anggota penguat kuasa KPDNHEP Jerantut di daerah ini bermula Isnin lalu.
Pemeriksaan dijalankan anggota penguat kuasa KPDNHEP Jerantut di daerah ini bermula Isnin lalu.

Mohd Faizul berkata, jika peniaga didapati menjual produk tersebut, tindakan boleh di ambil mengikut Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 (orang perseorangan) dan RM250,000 (pertubuhan).

Artikel Berkaitan:

"KPDNHEP Jerantut akan sentiasa memantau isu ini dan mengalu-alukan sebarang aduan atau maklumat daripada orang ramai. Maklumat boleh disalurkan di talian 09-2601374 atau bebas tol 1-800-886-800," katanya.