Dua pekerja syarikat perkapalan maut kenderaan terjun parit

Anggota polis memeriksa keadaan Mitsubishi Triton dinaiki kedua-dua mangsa yang terjun ke dalam parit di Kilometer 3476 LPT2 berhampiran susur keluar Plaza Tol Kuala Dungun. (Gambar kiri,Mohamad Farizul Firdaus dan Shamsul Bahri)
Anggota polis memeriksa keadaan Mitsubishi Triton dinaiki kedua-dua mangsa yang terjun ke dalam parit di Kilometer 3476 LPT2 berhampiran susur keluar Plaza Tol Kuala Dungun. (Gambar kiri,Mohamad Farizul Firdaus dan Shamsul Bahri)
A
A
A

DUNGUN - Dua pekerja sebuah syarikat perkapalan maut apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terjun ke dalam parit dalam kejadian di Kilometer 346, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Kuala Dungun, di sini, kira-kira jam 2 petang tadi.

Dalam kemalangan itu, mangsa, Shamsul Bahri Mangsor, 25, dan sahabatnya, Mohamad Farizul Firdaus Shafie, 29, maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang menaiki pacuan empat roda Mitsubishi Triton milik syarikat mereka itu dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kemaman atas urusan kerja.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Mitsubishi Triton dipandu Shamsul Bahri hilang kawalan ketika tiba di lokasi kejadian.

"Berikutan itu kenderaan berkenaan terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam parit.

"Pengguna lebuh raya yang melalui lokasi kejadian bertindak membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa dari kenderaan tersebut," katanya.

Bagaimanapun, Shamsul Bahri yang beralamat di Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, Kuala Terengganu dan Mohamad Farizul Firdaus dari Kampung Belukar Jambu, Pengadang Buloh, Kuala Terengganu didapati telah meninggal dunia semasa dikeluarkan dari kenderaan.

Artikel Berkaitan:

Peronda lebuh raya yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian segera menghubungi pihak polis dan melaporkan kejadian berkenaan.

Baharudin berkata, mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.