KDHNHEP rampas 108 peket 'Ghost Smoke'

KDPNHEP melakukan pemeriksaan di salah sebuah premis di Pekan Mahang, Kulim hari ini.
KDPNHEP melakukan pemeriksaan di salah sebuah premis di Pekan Mahang, Kulim hari ini.
A
A
A

KULIM - Anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas empat kotak gula-gula 'Ghost Smoke' dari sebuah premis di Mahang di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDNHEP Kulim, Mohd Fazly Edros berkata, pemeriksaan dilakukan empat penguat kuasa KPDNHEP bermula jam 9.30 pagi itu melibatkan beberapa premis di sekitar pekan Mahang.

"Hasil daripada pemeriksaan mendapati terdapat sebuah premis menjual gula-gula 'Ghost Smoke' (Cool Fruit Powder) secara runcit.

Gula-gula 'Ghost Smoke' dirampas.
Gula-gula 'Ghost Smoke' dirampas.

"Kami jumpa sejumlah 108 peket gula-gula tersebut dalam empat kotak disimpan di premis itu yang dianggarkan bernilai RM54," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, gula-gula itu di sita dan kes disiasat di bawah Seksyen 5(1) Akta Perihal Dagangan 2011.

"Gula-gula ini boleh mendedahkan mereka kepada gejala negatif memandangkan gula-gula tersebut berfungsi seakan-akan rokok.

"KPDNHEP juga ingin menegaskan agar peniaga tidak menjual atau menyimpan gula-gula berkenaan. Tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang melanggar Akta Perihal Dagangan 2011," katanya.

Artikel Berkaitan: