12 maut letupan gegar ibu kota Afghanistan

Amggota paramedik mengusung mayat mangsa yang terbunuh dalam kejadian letupan di Kabul hari ini.
Amggota paramedik mengusung mayat mangsa yang terbunuh dalam kejadian letupan di Kabul hari ini.
A
A
A

KABUL - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan lebih 20 mangsa cedera dalam tiga letupan yang menggegarkan ibu kota Afghanistan, Kabul hari ini.

Salah satu serangan menyasarkan sebuah bas yang membawa kakitangan Kementerian Perlombongan dan Petroleum.

"Letupan pertama berpunca daripada bom magnetik yang ditampal pada sebuah bas mini. Selepas itu seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya berhampiran serangan pertama.

"Tidak lama selepas itu, penyerang tidak dikenali meletupkan sebuah kenderaan," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi.

Katanya angka kematian mungkin bertambah.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: