Persiapan fasiliti di Arafah, Mina berjalan ikut jadual

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman (kiri) meninjau persiapan fasiliti buat jemaah haji di Arafah dan Mina. Persiapan itu kini pada tahap 40 peratus buat keseluruhan 30,200 jemaah Haji Malaysia yang akan menunaikan haji pada tahun ini. - Foto BERNAMA
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman (kiri) meninjau persiapan fasiliti buat jemaah haji di Arafah dan Mina. Persiapan itu kini pada tahap 40 peratus buat keseluruhan 30,200 jemaah Haji Malaysia yang akan menunaikan haji pada tahun ini. - Foto BERNAMA
A
A
A

MAKKAH - Persiapan fasiliti di Arafah dan Mina, bagi jemaah haji mengerjakan ibadah Wukuf, kini pada tahap 40 peratus, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata, kerja-kerja penyediaan fasilti itu dilihat berjalan mengikut jadual dan akan disiapkan menjelang ibadah Wukuf dijangka pada 10 Ogos ini.

"Penjadualan persiapan fasiltinya seperti (pemasangan) khemah kami tinjau pada 100 peratus siap, pemasangan kabel pada 70 peratus dan bilik air pada 5 peratus tetapi keseluruhannya perkhemahan di Arafah dan Mina dalam 40 peratus (siap),” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan ke atas persiapan fasiliti di Arafah dan Mina di sini.

Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan Rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas Lembaga Tabung Haji (TH).

Syed Saleh berkata TH akan mula menggerakkan jemaah haji Malaysia ke Arafah sekitar awal pagi 9 Ogos bagi mengelakkan kesesakan pada hari tersebut kerana pada hari tersebut iaitu haji Jumaat jemaah haji seluruh dunia akan tertumpu di Masjidil Haram di sini.

"Pihak muassasah sedang berbincang dengan pihak pejabat gabenor Makkah dan pihak polis untuk lihat bagaimana pergerakan paling sesuai untuk jemaah haji. Apa yang kami fahamkan di sini lalu lintas dan jalan di sini akan ditutup pada hari Jumaat lebih awal iaitu 10 pagi.

"Jadi tiada lagi kenderaan bergerak di kawasan Masjidil Haram. Kami akan cuba gerakkan jemaah haji lebih awal juga bersesuaian dengan cuaca panas. Kami akan buat tiga trip (ke Arafah) bagi setiap maktab," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata beberapa penambahbaikan kini sedang dilakukan untuk jemaah haji Malaysia tahun ini antaranya penyaman udara di Arafah, ambulans di tempat melontar jamrah dan lima stesen menunggu buat petugas TH bagi membantu jemaah haji yang melontar jamrah.- Bernama