Interpretasi motif kapal persiaran

Pereka fesyen kelahiran Kampung Asam Jawa, Kuala Selangor itu memperkenalkan lima persalinan jejaka konsep kasual dan moden.

MOTIF kapal persiaran mempamerkan sisi kreativiti pereka Emin Madrosa.
MOTIF kapal persiaran mempamerkan sisi kreativiti pereka Emin Madrosa.
A
A
A

JIKA majoriti pereka tempatan cenderung menghasilkan busana untuk membaluti golongan wanita, tetapi Mohd Muhaimin Idrus (Emin) pula sebaliknya. Jejaka berusia 37 tahun itu nampaknya lebih selesa bereksperimen mereka persalinan fesyen lelaki.

Menurut beliau, kebanyakan individu menyifatkan rekaan pakaian kaum Adam terhad berbanding fesyen wanita. Namun, pendapat tersebut sedikitpun tidak menghalang semangatnya untuk terus mereka pakaian lelaki yang segak, maskulin dan sofistikated.

Terbaharu, anak kelahiran Kampung Asam Jawa, Kuala Selangor itu memperkenalkan lima rekaan jejaka berkonsepkan tiga dalam satu pada pertunjukan fesyen musim bunga/panas ALIKE 2020 di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Maksud tiga dalam satu di sini adalah merujuk kepada koleksi pakaian rekaan saya yang bukan sahaja ideal digayakan pada majlis semi formal, bahkan boleh dipratikkan konsep kasual dan resort wear.“Sebagai contoh, kombinasi baju-T, seluar dan kot trenc akan menampilkan gaya semi formal, namun apabila kot itu ditanggalkan maka secara automatik ia bertukar pada stail kasual.

“Sementara itu, jika seluar panjang digantikan pula dengan seluar paras lutut pemakai boleh menggayakan persalinan berkenaan ketika bercuti ataupun bersantai,” katanya kepada e-Trend baru-baru ini.

Motif kapal persiaran

Berbicara lanjut, Emin memberitahu, motif kapal pelayaran menjadi pilihan menghiasi koleksi fesyen baharunya itu dek minatnya terhadap dunia maritim.

“Lautan yang terbentang luas sentiasa menghadirkan ketenangan tanpa berpenghujung. Apatah lagi, ditemani deruan ombak dan angin sepoi-sepoi bahasa.

Artikel Berkaitan:

“Semua elemen istimewa itu saya interpretasi pada setiap rekaan termasuk bermain dengan motif awan dan hidupan marin yang minimalis supaya tidak menjejaskan sisi maskulin,” ujarnya yang turut memilih rona biru dan kelabu simbolik pada panorama pantai.

Jelas beliau yang pernah menghasilkan sut untuk selebriti Black Mentor, Aqasha dan Fendy Bakri, pemilihan material adalah berdasarkan kesesuaian cuaca panas serta lembap sepanjang tahun di Malaysia.

“Fabrik satin dan jersi digunakan untuk menghasilkan baju-T manakala jaket pula berasaskan kain jenis twirl bersifat tebal kerana ia ideal digayakan dalam keadaan cuaca dingin,” katanya.

EMIN MADROSA
EMIN MADROSA