Tak timbul isu lewatkan laporan analisis pencemaran Pasir Gudang

Foto arkib Bernama
Foto arkib Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hasil laporan analisis pencemaran udara di Pasir Gudang bukan ‘sengaja’ dilewatkan, jelas Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis.

Tegasnya, kajian mengenai perkara itu masih berjalan sehingga kini bagi mendapat keputusan dan hasil laporan yang lebih menyeluruh dan terperinci.

“Kita tidak dapat mengetahui punca pencemaran di Pasir Gudang sehingga sekarang, bukan seperti pencemaran Sungai Kim Kim yang kita tahu punca.

ARTIKEL BERKAITAN: Najis, hama merpati punca masalah kesihatan murid?

“Antara langkah dijalankan ialah kajian berkaitan ‘loading analysis’ (analisis beban) dan ‘carrying capacity’ (kapasiti tampungan) untuk menentukan kapasiti bawaan udara di Pasir Gudang bagi mengurangkan risiko pencemaran udara,” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambalan Senator Datuk Ong Chong Swen yang ingin tahu mengapa kerajaan masih memerlukan masa sehingga enam minggu dari tarikh lantikan jawatankuasa teknikal dan saintifik kajian analisis beban dan kapasiti tampungan dilantik 15 Julai lepas untuk mengeluarkan laporan awal.

Pada 20 Jun lepas, 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang didapati mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas selepas terdedah dengan pencemaran udara di kawasan berkenaan.

Kejadian itu menyusul hanya kira-kira tiga bulan selepas kawasan sepanjang 1.5 kilometer di Sungai Kim Kim tercemar akibat pembuangan sisa toksik yang menjejaskan hampir 6,000 penduduk.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Isnaraissah berkata, hasil kajian bersepadu itu juga kemudian akan dijadikan panduan bagi menghadapi insiden sama sekiranya berulang pada masa hadapan.

Beliau berkata setakat semalam, MESTECC telah melaksanakan 6,300 set cerapan udara yang dilakukan setiap hari dan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk membendung masalah pencemaran.

“Sementara, sehingga 12 Julai, sebanyak 255 premis industri diperiksa dengan 136 kompaun dikeluarkan, 11 premis diberi penahanan operasi manakala tiga syor tindakan mahkamah dilakukan,” katanya. - Bernama