Pemuda Umno desak Menteri Perpaduan letak jawatan

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Foto Izari Rosli
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Foto Izari Rosli
A
A
A
SHAH ALAM - Pemuda Umno mendesak P. Waytha Moorthy meletakkan dan melepaskan jawatan beliau selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, desakan itu dibuat kerana kegagalan Moorthy menguruskan isu-isu perkauman, keagamaan dan perpaduan dengan bijak.

Menurutnya, ditambah dengan imej radikal beliau ketika memimpin Hindraf hanya akan mengundang krisis keyakinan rakyat tentang masa depan keharmonian negara berbilang agama dan kaum di negara ini.

“Pemuda Umno mendesak Waytha Moorty untuk melepaskan jawatan secara terhormat dan bermaruah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, kelmarin tular di media sosial satu video lama Waytha Moorthy selaku pemimpin utama pertubuhan radikal Hindraf memburuk-burukkan Malaysia kepada negara luar.

“Waytha Moorthy dalam video itu telah menyebarkan kenyataan palsu berupa fitnah, menggambarkan seolah-olah Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik dan melakukan penindasan teruk kepada kaum-kaum dan penganut agama lain, antaranya merobohkan kuil-kuil hindu dan menafikan hak asasi kaum lain di Malaysia.

”Sehingga kini beliau tidak pernah menarik balik kenyataan dan tohmahan jahat yang dilakukan beliau sebagaimana yang ditularkan melalui video berdurasi 2 minit 39 saat itu,” katanya.

Asyraf Wajdi menambah, lebih mendukacitakan apabila sejak menjadi menteri yang sepatutnya mempromosi perpaduan kaum dan pelbagai agama, beliau lebih cenderung untuk membangkitkan isu-isu yang mampu mencetus gelodak kemarahan rakyat dan membangkitkan api permusuhan di antara kaum.

”Terbaru inisiatif dan kesungguhan beliau untuk mengheret negara untuk meratifikasi dan mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hanya menzahirkan kesombongan dan keangkuhan beliau.
Artikel Berkaitan:


“Sungguhpun Kerajaan sedar bahawa majoriti rakyat melihatnya sebagai suatu yang mencabar hak keistimewaan Melayu dan bumiputeta serta kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan yang sememangnya isu yang amat sensitif,” katanya lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ratifikasi ICERD tidak akan beri kesan kepada Artikel 153]

[ARTIKEL BERKAITAN: Zahid, Hadi bergabung bantah ICERD]