Aset TH kembali kukuh: Beri manfaat kepada pendeposit

Fuziah
Fuziah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelan rasionalisasi serta langkah penyusunan semula kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengukuhkan asetnya melebihi liabiliti, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan situasi kewangan TH sudah hampir pulih seterusnya memberi manfaat kepada para pendeposit TH.

"Apabila TH buat rasionalisasi kita kenal pasti syarikat-syarikat yang 'non performance' serta telah dikeluarkan dan diletakkan di dalam Syarikat Tujuan Khas (SPV). Apabila kita betulkan, jumlah kesemuanya setelah kita transfer kepada SPV itu ialah lebih kurang RM 19.1 bilion iaitu nilaian yang diganti ke dalam akaun TH sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Mujahid: Misi selamatkan TH kejayaan besar PH

"Apabila perkara ini berlaku maka telah dipenuhi dua syarat dalam Akta Tabung Haji iaitu aset mesti melebihi liabiliti dan keuntungan mesti mencukupi untuk beri hibah," katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan di persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Sabani Mat mengenai apakah jaminan kerajaan mengenai pelan rasionalisasi TH yang dilaksanakan akan memberi pulangan dividen yang tinggi kepada pendeposit.

Fuziah berkata, apabila hanya syarikat -syarikat yang berprestasi baik yang kini tinggal di dalam TH, ia akan memberikan satu pulangan yang baik seterusnya menjanjikan hibah yang lebih baik di masa akan datang.

TH mengumumkan pengagihan hibah bagi tahun kewangan 2018 sebanyak 1.25 peratus,

Artikel Berkaitan:

Ia turut merekodkan keuntungan bersih berjumlah RM440 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2019.

TH juga telah merekodkan pendapatan berjumlah RM623 juta bagi tempoh dikaji dan jumlah asetnya juga melebihi jumlah liabiliti RM1.2 bilion. - Bernama