Tiga lelaki mengaku tidak bersalah rompak stesen minyak

Ketiga-tiga tertuduh yang dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Temerloh hari ini.
Ketiga-tiga tertuduh yang dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Temerloh hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan parang di sebuah stesen minyak pada 29 Jun lalu.

Ketiga-tiga tertuduh, Muhammad Nazri Fadze Rahman, 25; Muhammad Nur Iskhandar Amran, 24 dan Mohammad Mustafa Mat Nayan, 24, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azuar Che Yusof.

Berdasarkan kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan parang dan merompak wang tunai berjumlah RM800 di sebuah stesen minyak di Kampung Awah pada jam 9.30 pagi, 29 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Salwa Asmary Abdul Rahim mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Tiada jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam berikutan kesalahan tersebut tidak boleh diberikan jaminan.

Azuar kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 22 Ogos depan dan ketiga-tiga tertuduh tidak dibenarkan jaminan.

Artikel Berkaitan: