Jik.Soo Rich sedia tujuh tetapan suhu, guna teknologi nano

PARK (kanan) bersama Joo Ryoo (tengah) dan Amber menunjukkan model terbaharu, Jik.Soo Rich sempena pelancaran produk itu di One Utama baru-baru ini.
PARK (kanan) bersama Joo Ryoo (tengah) dan Amber menunjukkan model terbaharu, Jik.Soo Rich sempena pelancaran produk itu di One Utama baru-baru ini.
A
A
A

INGINKAN air yang ditapis dengan sistem penapisan nano teknologi, anda boleh cuba model terbaharu SK Magic, Jik.Soo Rich yang menyediakan tujuh tetapan suhu dan kiub ais bak kristal.

Lebih menarik, Jik.Soo Rich meletakkan proses penulenan air ke tahap yang lebih tinggi dengan inovasi terkini selain saluran air keluli tahan karat sekali gus memastikan air yang dihasilkan bebas pencemaran.

Pengarah Urusan SK Magic Malaysia, Namsu Park menjelaskan, Jik.Soo Rich menggunakan teknologi yang terbukti memastikan air bersih, tulen, penuh mineral.

“Inovasi sistem penapisan nano teknologi berupaya menapis semua virus, mikroorganisma dan logam berat sementara hanya membenarkan mineral penting sahaja.

“Dilengkapi dengan saluran air keluli tahan karat, penulen air berais itu menawarkan perlindungan terhadap jangkitan (atau pertumbuhan) mikrob,” katanya pada pelancaran model itu di One Utama di Damansara Utama, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif SK Magic Korea, Kwon Joo Ryoo dan model terkenal, Amber Chia.

Ujar Park lagi, SK Magic komited menggalakkan gaya hidup sihat menerusi penulen air yang mampu memberi jaminan kebersihan air yang kaya dengan mineral.

Sistem penapisan SK Magic menjalani ujian dan analisis dialisis air oleh MyTest. Jik.Soo Rich boleh didapati dengan harga pengenalan RM145 (harga asal RM180) sebulan untuk sewaan atau RM6,000 untuk pembelian seunit. Ia tertakluk kepada terma dan syarat.

Artikel Berkaitan: