Capgemini lancar pembukaan Malaysian Robotic Process Automation

KETUA Capgemini Malaysia, Rajesh Kottul (kiri) dan Naib Presiden Blue Prism Korea dan Asean, Bill Taylor menandatangani simbolik sempena pelancaran Malaysian RPA Center of Excellence.
KETUA Capgemini Malaysia, Rajesh Kottul (kiri) dan Naib Presiden Blue Prism Korea dan Asean, Bill Taylor menandatangani simbolik sempena pelancaran Malaysian RPA Center of Excellence.
A
A
A

CAPGEMINI melancarkan pembukaan Malaysian Robotic Process Automation (RPA) Center of Excellence (CoE) bagi menyokong dan mempercepatkan penggunaan perisian Blue Prism’s Robotic Process Automation.

Kedua-dua organisasi itu bekerjasama untuk menyediakan latihan, pensijilan, perundingan dan perkhidmatan sokongan kepada perunding tempatan dan perniagaan di kawasan kendalian RPA.

Menurut Pengarah Urusan Capgemini Southeast Asia, Hong Kong dan Taiwan, Gaurav Modi, pengumuman pembukaan itu membuktikan Capgemini membantu merealisasikan nilai perniagaan yang belum diterokai melalui RPA.

“CoE adalah yang terbesar dan paling berkebolehan di rantau Asia Pasifik, menyokong perniagaan yang ingin memanfaatkan RPA.

“Bersama Blue Prism, membolehkan perusahaan beroperasi dengan lebih pintar, melihat hubungan dan pengalaman yang dipertingkatkan untuk pelanggan dan pekerja, sementara memacu inovasi mereka untuk menjadi lebih berdaya saing,” katanya baru-baru ini. Hadir sama ialah Timbalan Presiden Partnerships Blue Prism Asia Pacific, Gareth Lane.

Artikel Berkaitan: