Teknologi penting yang jarang digunakan

No Image Caption
A
A
A

MINGGU lalu, Merak sempat luangkan masa bersama seorang kawan melawat sebuah bilik pameran kereta berjenama dari Jerman yang memakai moto ‘kereta untuk rakyat’ di Shah Alam, Selangor.

Kami ke sana kerana kawan Merak itu mahu melihat model baharu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dikeluarkan oleh pengeluar kenderaan berkenaan.

Katanya, dia mahu menukar angin daripada memandu mesin Jepun kepada mesin Jerman yang terkenal dengan kejuruteraannya.

Sampai di sana, pembantu jualan bilik pameran menyambut baik kedatangan kami dan menunjukkan SUV yang dihajatkan kawan Merak itu.

Pembantu jualan tersebut kemudiannya memberitahu kami satu persatu spesifikasi dan teknolgi yang terdapat di SUV berkenaan.

Salah satunya ialah but belakang SUV berkenaan. Ia boleh dibuka dengan hanya menghulurkan dan menggoyangkan kaki di bahagian bawahnya.

“Wow!” Terpacul perkataan tersebut dari mulut Merak. Tak sangka kereta sekarang begitu canggih. Maklum sajalah, Merak masih lagi setia memandu mesin Jepun yang teknologinya dah ketinggalan 10 tahun lalu. Jadi nampak agak tergamam apabila melihat spesifikasi seperti itu.

Tak cukup dengan itu, panel meter SUV berkenaan juga boleh ditukar pemukanya mengikut cita rasa pemandunya. Sekali tengok dah macam handphone pula boleh main tukar-tukar wallpaper.

Artikel Berkaitan:

Antara teknologi canggih lain yang disertakan ialah sistem kedudukan sejagat (GPS), sambungan aplikasi media dan sistem kemasukan tanpa kunci (keyless). Bagaimanapun, dalam banyak-banyak teknologi canggih yang disertakan di SUV itu,

Merak lebih tertarik kepada satu teknologi lama yang masih dikekalkan. Teknologi tersebut ialah penala signal yang diwujudkan sebagai komunikasi kepada pemandu ketika hendak membelok ke kiri atau kanan ketika berada di atas jalan raya.

Tak guna kalau kereta canggih tapi teknologi satu yang penting itu tidak dioptimumkan sebaik mungkin.