MBFM manfaatkan bangunan lama Rela

Bangunan lama Rela yang kini menjadi bangunan Persatuan MBFM Felda Lok Heng Selatan selepas dibaikpulih hasil peruntukan diberikan menteri besar sebanyak RM20,000.
Bangunan lama Rela yang kini menjadi bangunan Persatuan MBFM Felda Lok Heng Selatan selepas dibaikpulih hasil peruntukan diberikan menteri besar sebanyak RM20,000.
A
A
A

KOTA TINGGI - Setelah enam tahun terbengkalai, bangunan Rela di Felda Lok Heng Selatan dimanfaatkan Persatuan Belia Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di sini selepas dibaikpulih.

Ketua Kampung Felda Lok Heng Selatan, Mohamad Bakar berkata, bangunan berkenaan mula terbiar selepas Rela mendapat sebuah pondok yang baharu.

Menurutnya, bangunan berkenaan dibaikpulih menggunakan peruntukan RM20,000 yang diluluskan menteri besar kepada belia sempena lawatan ke kampung itu pada Mac lalu.

Beliau berkata, selama ini belia menumpang di pejabat pengurusan kampung untuk beroperasi.

"Selama enam tahun telah terbengkalai. Atap dan dinding mengalami kerosakan tambahan pula bangunan itu tidak ada kemudahan bilik air.

"Peruntukan untuk baikpulih bangunan dimohon sendiri oleh persatuan MBFM Felda ini,"katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, bangunan berkenaan sesuai untuk belia melaksanakan aktiviti dan dalam masa sama memudahkan melaksanakan tanggungjawab menjaga padang yang diamanahkan kepada MBFM.

"Lokasi pengoperasian belia itu memudahkan belia menjaga kemudahan padang yang terletak di belakang bangunan itu.

Artikel Berkaitan:

"Tambahan pula terdapat beberapa kemudahan yang baru dibina di padang itu seperti tempat duduk utama (grand stand), bilik air dan pemasangan lampu yang dilakukan dengan kos sebanyak RM165,000.

"Padang di Felda Lok Heng Selatan ini antara terbaik dalam 40 Felda dalam Wilayah Johor Bahru kerana kita sentiasa menjaganya dan kita harap akan dapat naiktaraf ia kepada mini stadium satu hari nanti,"katanya.