Bomba selamatkan kucing jatuh dalam longkang

Anggota bomba berusaha menyelamatkan kucing jantan yang terjatuh ke dalam longkang di Taman Bahagia Intan di sini tadi.
Anggota bomba berusaha menyelamatkan kucing jantan yang terjatuh ke dalam longkang di Taman Bahagia Intan di sini tadi.
A
A
A

TEMERLOH - Seekor kucing berjaya diselamatkan bomba selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Bahagia Intan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam tadi, insiden tersebut disedari orang awam dan mereka membuat panggilan kepada pihak berkuasa.

Ketua Balai dan Bomba Penyelamat (BBP) Bukit Angin, Penolong Penguasa Bomba Hasnuddin Husin memberitahu seramai tujuh anggota dan seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kejadian tersebut.

Kucing tersebut berjaya dinaikkan dengan selamat.
Kucing tersebut berjaya dinaikkan dengan selamat.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi mendapati terdapat seekor kucing telah terjatuh ke dalam longkang terbabit.

"Tindakan operasi menaikkan kucing tersebut menggunakan tangga dan juga penjerut dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menyelamatkan haiwan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kucing tersebut berjaya dinaikkan dengan selamat dan seterusnya diserahkan kepada pemiliknya.

Artikel Berkaitan: