200 pelajar di Tawau terima bantuan sekolah

Nizam
Nizam
A
A
A

TAWAU - Seramai 200 pelajar terpilih di Kampung Titingan hari ini menerima bantuan persekolahan sumbangan Syarikat Al Nur Marketing menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).

Sumbangan berupa kelengkapan persekolahan serta gunting rambut percuma itu disempurnakan Adun Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada pelajar tersebut.

Pengarah Syarikat Al Nur Marketing, Ali Alwi berkata pihaknya akan meneruskan program CSR itu bagi membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan persiapan persekolahan.

"Kita juga akan menyampaikan sumbangan sama kepada 100 pelajar sekolah di Blok 31 Balung serta 150 pelajar lagi di Sekolah Kebangsaan Merotai Kecil pada esok hari," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Nizam turut mengalu-alukan pendekatan Al Nur Marketing dan menyifatkan usaha syarikat itu sebagai murni dan mampu memberi kelegaan kepada keluarga miskin.- Bernama

Artikel Berkaitan: