Haida Hafiz hamil lima bulan

Haida Hafiz. FOTO: Instagram Haida Hafiz
Haida Hafiz. FOTO: Instagram Haida Hafiz
A
A
A

PENYANYI Haida Hafiz mengesahkan kini sedang hamil lima bulan menerusi ruangan komen di laman Instagramnya hari ini, bagi menjawab pertanyaan daripada rakan-rakan dan pengikutnya yang menegur perubahan bentuk badan pada gambar terbaharunya hari ini.

Haida pada hantaran terkini di laman Instagram telah berkongsi gambarnya bersama dua rakannya yang juga pereka fesyen terkenal Seth and Luna yang telah menampakkan ‘baby bump’ sehingga menarik perhatian pengikutnya.

Salah seorang daripadanya ialah penyanyi dan penyampai radio Kool FM, Haiza Hanafi yang bertanyakan tentang usia kandungan Haida.

“Lima bulan dah, kak,” jawab Haida ringkas pada ruangan komen.

Haida atau nama lengkapnya Noor haida Mohd Idris, 38, berkahwin dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr. R sebelum menyertai program Gegar Vaganza musim keempat lagi.

Bagaimanpun, penyanyi Zapin Usik Mengusik ini tidak pernah berkongsi tentang butiran perkahwinan keduanya ini.

Terdahulu sebelum itu, Haida pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas penerbit program TV, Aminuddin Yahya pada 2004 dan dikurniakan seorang cahay mata lelaki, Muhammad Al Hafiz Aminuddin, 14.

Artikel Berkaitan: