Sheila Abdull, Ammar Drama Band timang cahaya mata sulung

Amar Habir, Sheila Abdull
Amar Habir, Sheila Abdull
A
A
A

PENYANYI Sheila Abdull, 31, selamat menimang cahaya sulungnya apabila melahirkan seorang bayi perempuan pada Ahad lalu.

Berita gembira tersebut telah dikongsi suami Shiela, Ammar Habir yang juga merupakan komposer dan gitaris kumpulan Drama Band menerusi laman Instagramnya hari ini.

Menurur Ammar, bayi mereka yang diberi nama Chempaka ini dilahirkan dengan berat 4.08kg pada 4.54 petang, tiga harilalu..

“Assalamualaikum. Saya dan isteri @sheilaabdull ingin kongsikan berita gembira kepada semua. Kami telah dikurniakan cahaya mata pertama kami yang dilahirkan dengan berat 4.08kg, pada Ahad 4:54 petang, 21 Julai 2019 tempoh hari,” kongsinya bersama foto pertama bayi sulungnya itu yang belum didedahkan wajahnya.

Dalam masa itu, Ammar yang teruja bergelar turut memanjatkan rasa syukurnya di atas kehadiran cahaya mata sulung ini.

“Bayi perempuan yang kami namakan Chempaka (nama penuh tengah fikir lagi). Syukur kehadrat Allah atas kurniaan yang sangat berharga ini.

“Saya dan isteri mengucapkan terima kasih atas doa dan berkat dari keluarga dan kenalan semua.

Semoga baby Chempaka diberikan kesihatan yang baik dan dibesarkan menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Amin,” tulis Ammar.

Artikel Berkaitan:

Ammar dan Sheila mendirikan rumah tangga pada Disember 2016, selepas setahun mengikat tali pertunangan.