Tonton aksi final Piala FA di 10 skrin gergasi

No Image Caption
A
A
A

ORANG ramai khususnya penyokong bola sepak Perak yang tidak berkesempatan mendapatkan tiket final Piala FA 2019 antara Perak dan Kedah Sabtu ini boleh menyaksikannya di 10 lokasi tayangan skrin gergasi di sekitar negeri.

Perkara berkenaan diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), hari ini.

Antara lokasi yang telah dikenal pasti adalah di Dataran KTM Ipoh, Perkarangan Masjid Fateh Meru, Lembah Kuala Kangsar, Mydin Manjoi, Bukit Balwind Tapah, Giant Tambun, Pusat Penjaja Chemor, Padang MDS Selama, Padang Bunga Raya Lenggong dan Arena Square Pengkalan Baharu.

Tayangan skrin gergasi anjuran Pejabat Menteri Besar bersama PAFA dengan kerjasama Armada Perak itu akan turut menyediakan beberapa aktiviti seperti pertandingan e-Sukan (e-Sports), food truck di Dataran KTM Ipoh manakala bagi lokasi lain, beberapa acara seperti penalty shoot-out serta cabutan bertuah akan diadakan.

Artikel Berkaitan: