Polis buru pemandu lawan arus Rawang Bypass

Detik cemas apabila kereta Proton Saga itu hampir dilanggar sebuah lori sewaktu bertindak memandu secara berbahaya melawan arus di Rawang Bypass. - Foto Facebook Rawang Discovery Channel
Detik cemas apabila kereta Proton Saga itu hampir dilanggar sebuah lori sewaktu bertindak memandu secara berbahaya melawan arus di Rawang Bypass. - Foto Facebook Rawang Discovery Channel
A
A
A

RAWANG - Pemandu Proton Saga yang berhati kering apabila memandu kereta secara melawan arus di Rawang Bypass di sini, tular di media sosial hari ini.

Rakaman berdurasi 47 saat itu dikongsi pemilik akaun Facebook Rawang Discovery Channel.

Aksi kenderaan yang masih belum dikenal pasti itu dikatakan dipandu secara berbahaya sebelum membuat pusingan U menghala ke Pekan Rawang.

Video tersebut ditonton lebih 6,200 pelayar Facebook dengan 92 tanda suka dengan 88 perkongsian sehingga jam 4 petang tadi.

Ia mengundang pelbagai reaksi netizen yang kurang senang dengan tindakan berbahaya pemandu tersebut.

"Mungkin dia (pemandu) tak tahu jalan, salah jalan," tulis pemilik akaun, Kwok Jooi Tan.

Tak kurang yang mengecam dengan mengeluarkan ayat sindirian.

"Orang itu dah gila, ” tulis Julie Jerssica.

Artikel Berkaitan:

“Kubur kirim salam," tulis Shahril Adzim.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung isu tersebut.

“Sehingga kini tiada apa-apa laporan polis berhubung isu ini diterima.

“Pihak polis masih berusaha mengesan pelaku terbabit. Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat, sila maklumkan kepada kami untuk tindakan lanjut,” katanya.