Kadar hutang kerajaan Perak susut

Asmuni mewakili Menteri Besar Perak menjawab soalan dikemukakan berhubung kedudukan hutang kerajaan negeri.
Asmuni mewakili Menteri Besar Perak menjawab soalan dikemukakan berhubung kedudukan hutang kerajaan negeri.
A
A
A

IPOH - Hutang kerajaan Perak menyusut sebanyak RM57.54 juta kepada RM255.8 juta berbanding RM313.3 juta tahun lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pengurangan itu membuktikan kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian serius dalam memastikan kadar keberhutangan semakin berkurang dari semasa ke semasa.

Menurutnya. sehingga 4 Julai 2019, Penyata Hutang Awam merekodkan kadar hutang kerajaan negeri adalah berjumlah RM255.8 juta dan ini menunjukkan pengurangan sebanyak RM57.45 juta berbanding RM313.3 juta tahun lalu.

"Bagi tujuan sama, langkah-langkah kawalan akan terus dilaksanakan," katanya menjawab soalan lisan dikemukakan Ahmad Saidi Mohamad Daud (BN-Changkat Jering) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Jawapan beliau dibacakan Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi.

Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri di bawah Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak menawarkan bentuk pinjaman tanpa faedah kepada anak-anak Perak yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari berkata, tawaran itu bagi menampung kos pengajian pelajar meliputi semua bidang pengajian yang diiktiraf Malaysian Qualifications Agency daripada peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran.

"Kadar pinjaman adalah mengikut peringkat pengajian bermula RM5,000 bagi diploma hingga RM15,000 PhD.

Artikel Berkaitan:

"Sesi tawaran bagi permohonan ini lazimnya dibuka selama tiga bulan mulai Disember dan diproses secara atas talian melalui capaian portal http://spptp.perak.gov.my," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan dikemukakan Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria (BN-Batu Kurau) berhubung usaha kerajaan negeri dalam membantu anak-anak Perak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.