Agong titah segera bina kediaman mangsa kebakaran

Al-Sultan Abdullah diiringi Raja Permaisuri Agong turut mencemar duli melihat rumah mangsa yang musnah sepenuhnya di Perkampungan Sungai Isap 2 hari ini.
Al-Sultan Abdullah diiringi Raja Permaisuri Agong turut mencemar duli melihat rumah mangsa yang musnah sepenuhnya di Perkampungan Sungai Isap 2 hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan sedang melakukan kajian terperinci untuk memberi bantuan kepada mangsa kebakaran di Perkampungan Sungai Isap 2 di sini Ahad lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pihaknya dan kementerian berkaitan sedang berusaha membantu mangsa kebakaran yang mengorbankan tiga beranak, Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, Muhammad Haikal Hakimi Hairol, 11, dan Muhammad Adam Daniel, 7.

"Saya kini sedang menyenaraikan beberapa perkara yang kita boleh bantu. Banyak bantuan yang diperlukan mangsa dalam jangka masa pendek dan panjang.

"Kita akan buat tindakan susulan dari masa ke semasa bagi membantu mangsa yang terbabit supaya mereka ini tidak rasa tertekan dengan dugaan yang sedang dihadapi,” katanya ketika ditemui Hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Fuziah mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melawat mangsa kebakaran yang menerima rawatan di hospital tersebut.

Turut hadir sama Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Fuziah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan berkata, mangsa yang kehilangan kediaman sepenuhnya itu kini telah ditempatkan di Rumah Pangsa Kampung Pak Mahat di sini.

Menurutnya, mangsa yang kehilangan rumah akan menjadi keutamaannya pihaknya dalam memastikan mangsa segera memiliki rumah mereka.

Artikel Berkaitan:

“Kita menjunjung titah Tuanku agar kediaman mangsa yang musnah disegerakan pembinaannya. Saya akan teliti perkara ini (untuk mangsa kebakaran dan pemilik rumah) dan kita akan lakukan susulan segera untuk mempercepatkan bantuan.

"Kita juga akan mengadakan perbincangan dengan kementerian-kementerian terlibat sama ada membina rumah baharu untuk mangsa atau memberikan rumah sedia ada,” katanya.