Tiket ETS Tahun Baharu Cina boleh dibeli mulai 2 Januari

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi perjalanan 1 Februari hingga 30 April 2019 boleh dibeli mulai 2 Januari 2019.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini berkata jualan yang dibuka mulai 8.30 pagi hari berkenaan itu bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal terutama bagi mereka yang bakal menyambut perayaan Tahun Baharu Cina dan yang akan pulang bercuti ke kampung halaman.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan ETS mengekalkan penyediaan 36 perjalanan sehari.

Ini disebabkan kerja menaik taraf infrastruktur dan sistem landasan berkembar Lembah Klang (KVDT) masih dalam fasa pelaksanaan.

Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, www.ktmb.com.my atau aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) dan di kaunter tiket KTMB.- Bernama

Artikel Berkaitan: