Hina nabi: Pemuda Pas Terengganu gesa ambil tindakan

Mohd Nasir Abdul Razak
Mohd Nasir Abdul Razak
A
A
A

MARANG - Pemuda Pas Terengganu menggesa pihak polis mengambil tindakan segera terhadap pemilik Facebook Wendy Loong yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketuanya, Mohd Nasir Abdul Razak berkata, pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang menimbulkan provokasi agama dengan memuat naik satu karikatur menghina martabat Nabi Muhammad S.A.W di media sosial.

Menurutnya, Kerajaan Malaysia juga perlu lebih tegas dan cekap dalam mengekang dan membanteras sebarang bentuk provokasi ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab dengan cara perlaksanaan undang-undang sedia ada dan cara berkesan dengan menjatuhkan hukuman berat terhadap individu atau entiti yang terbabit.

"Sebagai sebuah negara masyarakat majmuk, setiap warganegara sepatutnya mengambil tanggungjawab menghormati dan tidak menimbulkan apa-apa provokasi terhadap mana-mana agama, terutama agama Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, Pemuda Pas Terengganu menegaskan bahawa mereka mengecam tindakan mana-mana pihak yang menimbulkan provokasi terhadap mana-mana agama terutama agama Islam.

"Pihak kami juga menyeru kepada seluruh umat Islam sama ada secara individu mahupun badan bukan kerajaan (NGO) untuk segera membuat laporan polis terhadap pemilik Facebook yang bernama Wendy Loong ini," katanya.

Artikel Berkaitan: