Fenomena buku RM1 kembali di Karangkraf

Firdaus menunjukkan buku keluaran Bestari Karangkraf yang turut dijual di Jualan Gudang Pertengahan Tahun Karangkraf di Kompleks Media Karangkraf pada 26 Julai hingga 4 Ogos ini. - FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A

SHAH ALAM - Fenomena jualan buku serendah RM1 kini kembali lagi di Jualan Gudang Pertengahan Tahun Karangkraf berlangsung di Kompleks Media Karangkraf pada 26 Julai hingga 4 Ogos ini.

Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, pelbagai lagi tawaran menarik menanti pengunjung sepanjang 10 hari jualan gudang berkenaan.

“Percaya atau tidak dengan hanya RM1, pembeli boleh mendapatkan buku kegemaran mereka tanpa berfikir panjang dan tawaran ini diadakan setiap hari kepada pembeli terawal.

“Bukan itu sahaja, kita menawarkan novel ‘best seller’ daripada penulis terkemuka bermula RM3 dan RM5. Potongan harga menarik juga termasuk untuk semua koleksi al-Quran.

“Setiap hari, pelbagai tawaran menarik akan ditawarkan dan diskaun sehingga 70 peratus menanti pengunjung,” katanya.

Tawaran menarik bakal menanti pengunjung pada Jualan Gudang Pertengahan Tahun Karangkraf di Kompleks Media Karangkraf pada 26 Julai hingga 4 Ogos ini. -  FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Tawaran menarik bakal menanti pengunjung pada Jualan Gudang Pertengahan Tahun Karangkraf di Kompleks Media Karangkraf pada 26 Julai hingga 4 Ogos ini. - FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Menurutnya, orang ramai juga berpeluang berinteraksi dan beramah mesra dengan penulis terkenal.

“Antaranya Chef Suwarsi M Arukin, Murni Aqila, Naim Tamdjis serta ramai lagi. Inilah peluang keemasan untuk pengunjung berkenalan serta beramah mesra dengan penulis kegemaran mereka," katanya.

Firdaus berkata, pembeli terutamanya pelajar sekolah juga berpeluang mendapatkan buku latihan karya Bestari Karangkraf Sdn Bhd dengan harga berpatutan.

“Masih ramai tidak mengetahui Bestari Karangkraf menerbitkan buku akademik dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah, menengah dan rendah agama.

“Oleh itu, pada jualan gudang kali ini, kita menawarkan harga runtuh termasuk promosi RM12 untuk empat buku latihan.

“Pembeli tidak perlu risau kerana buku pendidikan dihasilkan Bestari Karangkraf lebih berkualiti memandangkan penulisnya berkaliber kerana terdiri daripada guru-guru cemerlang,” katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia