MB Perak selamat jalani pembedahan kaki kiri

Laporan Sinar Harian semalam mengenai Ahmad Faizal yang hadir Sidang DUN dalam keadaan bertongkat.
Laporan Sinar Harian semalam mengenai Ahmad Faizal yang hadir Sidang DUN dalam keadaan bertongkat.
A
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selamat menjalani pembedahan kaki kiri di sebuah hospital di sini selepas disahkan terkena jangkitan kuman pada tisu (cellulitis) yang serius, malam tadi.

Keadaan Ahmad Faizal, 49, itu kini dilaporkan stabil, namun perlu terus berada di bawah pemantauan doktor bagi menjalani rawatan antibiotik.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Perak hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu dinasihatkan untuk berehat selama lima hari bagi meredakan bengkak di kaki yang terkena jangkitan.

"Terima kasih di atas budi baik semua pihak yang mendoakan kesihatan beliau," menurut kenyataan tersebut.

Semalam, Ahmad Faizal hadir ke Persidangan DUN negeri dengan menggunakan topang kaki meskipun telah dinasihatkan untuk berehat kerana perlu menjalani rawatan antibiotik di hospital.

Sidang DUN Perak yang sepatutnya dijadualkan berlangsung selama tiga hari sehingga Khamis, bagaimanapun disingkatkan kepada dua hari, berakhir hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak hadir Sidang DUN dalam keadaan bertongkat]

Artikel Berkaitan: