Kerajaan Selangor laksana program tak pinggir kaum, agama

IMG-20181225-WA0003
IMG-20181225-WA0003
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor komited memastikan pelaksanaan program pembangunan dan aktiviti masyarakat di negeri itu tidak meminggirkan mana-mana kaum, etnik dan agama.

Menteri Besarnya, Amirudin Shari berkata, disebabkan itu sebarang tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat dan kestabilan kerajaan perlu dihindari bagi merealisasikan agenda pembangunan berkesan.

"Kerajaan negeri tak pernah pinggirkan mana-mana kaum, etnik dan agama

dalam pelaksanaan program pembangunan dan program masyarakat untuk tingkatkan taraf sosio ekonomi rakyat dan memacu kemajuan khususnya di kawasan luar bandar.

"Kerajaan negeri juga akan memastikan ekonomi, kestabilan politik dan kemakmuran sosial dinikmati rakyat negeri negeri ini terus dipelihara pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan perutusan Hari Krismas yang dihantar menerusi aplikasi WhatApps kepada Sinar Harian.

Terdahulu, beliau berkata, di era Malaysia Baharu, semua pihak mempunyai tanggungjawab besar memastikan perpaduan dibina selama ini berkekalan.

Beliau turut menganjurkan rakyat berusaha untuk mengenali antara satu sama lain.

Artikel Berkaitan:

"Keamanan dan perpaduan tidak akan tercapai jika kita curiga dan tidak kenal antara satu sama lain. Oleh kerana itu kita harus bersama-sama memupuk semangat kekitaan, semangat perpaduan dan keamanan di antara rakyat Negeri Selangor," katanya.

Dalam pada itu Amirudin turut mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada mereka yang meraikannya di seluruh negara.

"Merry Christmas and Happy New Year 2019 !," katanya.