RM100,000 lebur dijerat Macau Scam

Shamsul Amar Ramli
Shamsul Amar Ramli
A
A
A

KLANG - Seorang pengurus syarikat logistik berputih mata apabila wang di dalam akaunnya berjumlah RM100,000 lesap selepas diperdaya sindiket Macau Scam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati mangsa wanita berusia 45 tahun itu menerima panggilan yang menyatakan tunggakan cukai syarikat sehingga memiliki kes di mahkamah.

"Mangsa bagaimanapun menafikan perkara itu. Namun panggilan itu telah menakutkan mangsa kononnya akan membuat tangkapan terhadapnya.

"Kemudian, mangsa telah ditawarkan untuk membersihkan namanya dengan cara menyerahkan butiran akaun sebelum mangsa menghantar kesemua gambar kad pengeluaran wang automatik (ATM) menerusi aplikasi WhatsApp kepada suspek," katanya kepada Sinar Harian.

Shamsul Amar berkata, mangsa kemudiannya menyedari dirinya tertipu selepas wang di dalam akaunnya berkurangan sebanyak RM100, 000.

Katanya, laporan polis telah dibuat mangsa dan polis percaya mangsa telah diperdaya sindiket Macau Scam.

"Siasatan sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: