Agong lawat mangsa kebakaran Sungai Isap 2 hari ini

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menziarah keluarga mangsa kebakaran yang mengorbankan tiga beranak di Kampung Sungai Isap 2 di sini hari ini.

Baginda dijadualkan melawat lokasi kejadian yang secara keseluruhan melibatkan empat buah rumah sebelum berangkat ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bertemu dengan mangsa yang masih menjalani rawatan.

Walaupun kini bersemayam di Istana Negara, Sultan Abdullah amat prihatin dengan nasib rakyat negeri Pahang dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa sebelum ‘mencuri masa’ untuk menziarah mereka yang ditimpa musibah.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak mangsa tepi tingkap cuba selamatkan diri

Agong rakam ucapan takziah tragedi rumah terbakar

Malah, baginda merupakan antara ‘kenamaan’ yang paling awal menzahirkan takziah atas kehilangan tiga nyawa pada kebakaran yang berlaku pada 7.45 pagi Ahad lalu dan menitahkan supaya bantuan segera diberikan kepada semua mangsa.

Pada kejadian itu, mereka yang maut ialah Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, dan dua anak lelakinya, Muhamad Haikal Hakimi Hairul, 11, dan Mohamad Adam Daniel, tujuh, dipercayai akibat terperangkap semasa kebakaran berlaku.

Kebakaran yang dipercayai bermula dari ruang tengah rumah mangsa juga menyebabkan tiga parah iaitu suami Sharifah Azlina, Hairul Khalid, 38, Syed Azman, 25, yang merupakan adik Sharifah Azlina dan isterinya Norazilah Abdullah, 23.

Artikel Berkaitan:

Adik kepada Norazlina, Nor Syawalina, 19, pula cedera ringan manakala Muhammad Alif Asyraf, enam, yang merupakan anak Syed Azman dan Norazilah tidak cedera. - Bernama