X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Ekstrak bunga sakura penyeri wajah

A
A

PILIHAN EDITOR

SETIAP wanita mahu tampil cantik, cerah dan mulus. Bagaimanapun, impian itu adakalanya pahit bagi sesetengah kaum Hawa yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Prihatin dengan dilema berkenaan, spa Skin Valet Bangi yang terletak di Seksyen 8, Bangi, Selangor menawarkan rawatan terapi untuk kesihatan kulit wajah.

DR Ismaliza (kanan) berbangga dengan penubuhan Skin Valet Bangi.
DR Ismaliza (kanan) berbangga dengan penubuhan Skin Valet Bangi.

Pemiliknya, Dr Ismaliza Ismail berkata, Skin Valet mampu melayani dan merawat semua jenis masalah kulit seperti jeragat, jerawat, kulit berminyak, antipenuaan, parut dan sebagainya.

"Kami menggunakan ekstrak bunga sakura yang alami sebagai bahan utama. Sebenarnya, bunga sakura telah digunapakai dalam penjagaan kulit berabad lamanya. Kelebihannya membantu mencerahkan kulit.

"Selain itu, ia juga tinggi kadar antioksidan. Bagus untuk membantu meningkatkan penghasilan kolagen, pemulihan kulit, mengurangkan pembentukan melanin. Insya-ALLAH, kulit akan jadi lebih cerah dan menjadikannya lebih sihat," kata Dr Ismaliza tentang penggunaan bahan yang digunakan di pusat terapi wajahnya yang beroperasi sejak bulan Mac 2016 itu.

Ujar wanita berkenaan, kombinasi ekstrak sakura dan teknologi yang ada menjadikan rawatan muka berasaskan bunga sakura wajib dicuba oleh golongan wanita yang mempunyai masalah kulit.

RAWATAN muka diberi selepas mengenal pasti masalah pelanggan.
RAWATAN muka diberi selepas mengenal pasti masalah pelanggan.

Rawatan istimewa

Kepada para pelanggan yang bertandang di spa Skin Valet, beliau berkata, wajah mereka akan dianalisa terlebih dahulu sebelum rawatan susulan diberikan mengikut keadaan kulit.

Menurut Dr Ismaliza, istimewanya di Skin Valet, spa itu menekankan rawatan kepada pelanggan dengan kaedah yang tersendiri dan peribadi.

"Kami akan memantau perkembangan kulit pelanggan untuk memastikan kulit mereka lebih sihat. Di Skin Valet, kami percaya setiap kita mempunyai versi cantik tersendiri,” ungkapnya.

Berkenaan aurat, para pelanggan wanita tidak perlu risau kerana bilik rawatan eksklusif hanya untuk seorang pelanggan sahaja.

Meskipun majoriti para pelanggannya terdiri dalam kalangan wanita, usahawan itu berkata, beliau turut mempelawa kaum lelaki yang mempunyai masalah kulit wajah mendapatkan rawatan di Skin Valet.

Caj

Mengenai harga, ia bermula serendah RM150 untuk rawatan asas.

CIRI menarik Spa Valet Bangi pelanggan berasa seperti berada di rumah.
CIRI menarik Spa Valet Bangi pelanggan berasa seperti berada di rumah.

Menurut Dr Ismaliza, caj yang dikenakan berlainan mengikut rawatan yang disediakan. Menariknya, paling maksimum hanya RM450 untuk satu rawatan.

"Di sini, kami menggunakan teknologi tinggi untuk menyelesaikan masalah pelanggan. Apa yang kami harapkan, ia dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan.

"Tidak terhenti setakat di situ, kami turut mengajar pelanggan cara untuk membuat rawatan penjagaan yang betul di rumah,” ujarnya.

BILIK rawatan yang nyaman dan selesa.
BILIK rawatan yang nyaman dan selesa.

Pihak Skin Valet juga katanya, akan memberikan informasi asas tentang penjagaan kulit yang dirasakan penting agar tidak menimbulkan permasalahan pada jangka masa panjang.

"Contohnya, ramai yang tidak tahu kepentingan penggunaan pelindung matahari. Ia boleh menyebabkan masalah jeragat ataupun kanser kulit pada jangka masa panjang jika tidak menggunakannya.

"Pengetahuan dan ilmu bermanfaat selalu kita kongsikan. Kami berbesar hati ingin membantu lebih ramai orang yang ada masalah kulit," kata Dr Ismaliza mengakhiri bicara.

ANEKDOT

RAWATAN menggunakan ekstrak bunga sakura.
RAWATAN menggunakan ekstrak bunga sakura.

SKIN Valet Bangi

- Alamat: 62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bangi, Selangor.

- Jenis rawatan: Kosmetik, perubatan dan kesihatan, kecantikan dan penjagaan peribadi

- Waktu dibuka: Selasa hingga Ahad 10 pagi hingga 7 malam

- (Isnin tutup)


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!