Al Mesry Travel tawar umrah mampu milik

Rombongan jemaah Al Mesry Travel Sdn Bhd bergambar bersama ketika mengerjakan umrah pada April lalu.
Rombongan jemaah Al Mesry Travel Sdn Bhd bergambar bersama ketika mengerjakan umrah pada April lalu.
A
A
A

ALOR SETAR - Sinonim dengan slogan 'Everyone Can Umrah' Al Mesry Travel Sdn Bhd kian menjadi pilihan orang ramai yang terpikat dengan pakej umrah mampu milik yang ditawarkan.

Pengarah Urusan Al Mesry Travel Sdn Bhd, Mohamad Masya'al Mohamad Rodzi berkata, bermula pada tahun 2017 syarikatnya menawarkan pakej umrah dengan harga bajet serendah RM4,990.

Mohamad Masya'al
Mohamad Masya'al

Katanya, tawaran ini berlangsung sepanjang tahun dan pakej ini antara yang terlaris memandangkan kedudukan hotel penginapan di Makkah juga sangat dekat iaitu, antara 250 hingga 300 meter.

"Hasrat kita adalah untuk beri peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan menjejakkan kaki ke tanah suci dengan peruntukan yang tidak terlalu tinggi.

"Jadi sedikit sebanyak peranan kita adalah untuk merealisasikan impian jemaah-jemaah ini yang mungkin sudah terlalu lama memendamkan hasrat berkenaan, " katanya ketika ditemui di pejabat Al Mesry Travel Cawangan Alor Setar, di Taman Bandar Baru, Mergong di sini.

Mohamad Masya'al bergambar bersama kakitangannya di hadapan pejabat Cawangan Alor Setar di Taman Bandar Baru, Mergong di sini.
Mohamad Masya'al bergambar bersama kakitangannya di hadapan pejabat Cawangan Alor Setar di Taman Bandar Baru, Mergong di sini.

Menurutnya, syarikat mereka juga memperkenalkan skim bayaran ansuran bermula tahun ini bagi membantu golongan muda yang ingin menabung untuk umrah secara konsisten selama dua tahun.

Artikel Berkaitan:

"Ada sesetengah orang gaji kecil tetapi mempunyai impian untuk menghantar ibu bapa atau pun diri sendiri mengerjakan umrah suatu hari nanti.

"Oleh itu, dengan niat untuk membantu golongan ini syarikat kami menawarkan bayaran ansuran serendah RM200 sebulan mengikut pakej yang diambil.

"Apabila sampai tempoh matangnya, mereka boleh terus mendaftar dengan kami untuk mengerjakan umrah," katanya yang mula bertapak dalam industri ini sejak 10 tahun yang lalu.

Mohamad Masya'al berkata, selain pakej bajet, Pakej Umrah Sebulan Ramadan dan Pakej Umrah 19 hari turut mendapat sambutan dan permintaan tinggi di syarikat mereka.

"Pakej umrah 19 hari ini hanya dibuka pada bulan Disember sahaja setiap tahun.

"Dalam pakej ini kita menawarkan peluang solat 40 waktu di dua tanah haram yang mana kita sasar pakej ini kepada golongan yang sudah bersara yang tidak terikat dengan komitmen kerja dan sebagainya," katanya.

Program Akademi Mutawwif dan Mutawwifah siri 1.0 tahun 2019 anjuran Al Mesry Travel Sdn.Bhd
Program Akademi Mutawwif dan Mutawwifah siri 1.0 tahun 2019 anjuran Al Mesry Travel Sdn.Bhd

Menurutnya, bermula awal bulan ini,mereka turut menawarkan kursus mutawwif dan mutawwifah kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi pembimbing jemaah umrah.

"Di sini juga kami sudah mempunyai lebih 30 mutawwif dan mutawwifah yang terlatih dan akan membantu jemaah sepanjang mengerjakan umrah," katanya.

Sementara itu, Mutawwif Umrah merangkap Pengawai Operasi Umrah Al Mesry Travel, Mohammad Aidil Adha Abd Aziz berkata, beliau bertanggungjawab menyantuni jemaah sepanjang berada di tanah suci.

"Yang sudah ada pengalaman beberapa kali mengerjakan umrah kita tidak risau sangat, tetapi yang baru kali pertama kita akan beri perhatian lebih.

"Manakala bagi jemaah yang uzur pula kita juga akan beri tunjuk ajar kepadanya macam mana nak pergi tawaf saie dan sebagainya," katanya yang bergelar mutawwif sejak 2012.

Kepada orang ramai yang berminat untuk mengerjakan umrah bersama Al Mesry Travel, boleh menghubungi talian 019-5763660 dan 019-5894660 (cawangan Alor Setar) atau HQ Kulim 014- 8393660.