Derma kilat bantu mangsa kebakaran

Pengerusi Masjid Al-Falah, Nasuha (dua dari kanan) menerima sumbangan daripada Pengurus Pizza Hut Pahang, Ahmad Lutfi Abdul Malek untuk tabung derma mangsa kebakaran Perkampungan Sungai Isap 2.
Pengerusi Masjid Al-Falah, Nasuha (dua dari kanan) menerima sumbangan daripada Pengurus Pizza Hut Pahang, Ahmad Lutfi Abdul Malek untuk tabung derma mangsa kebakaran Perkampungan Sungai Isap 2.
A
A
A

KUANTAN - Dalam tempoh tidak sampai 48 jam, kutipan tabung derma kilat terhadap mangsa kebakaran di Perkampungan Sungai Isap 2 yang dilancarkan semalam berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM20,657.

Pengurus projek, Abdul Rahim Othman berkata, sumbangan tersebut membuktikan keprihatinan masyarakat atas tragedi yang mengorbankan tiga nyawa.

Menurutnya, program tersebut yang berlangsung sehingga Khamis ini turut mendapat kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sungai Isap 2 dan Masjid Al-Falah.

"Hari pertama kita telah berjaya menerima sebanyak RM19,464 dan turut menerima derma tabung kilat dari Restoran Mek La sebanyak RM1,193 dan kita amat terharu kerana orang ramai amat prihatin mengenai kejadian ini.

"Saya berterima kepada masyarakat yang membantu. Ini membuktikan tidak kira kaum, agama mahupun fahaman politik, apabila melibatkan bencana dan kesusahan, rakyat akan prihatin serta tampil memberi bantuan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini hari ini.

Abdul Rahim Othman yang juga Pegawai Media Yang di-Pertuan Agong berharap sumbangan ini akan dapat meringankan beban mangsa dan keluarga yang terlibat.

"Tabung derma ini akan dibuka sehingga Khamis ini dan ditempatkan di dua tempat iaitu Masjid Al-Falah dan di Pondok SRS Perkampungan Sungai Isap 2 berdekatan dengan padang bola sepak.

"Kita mengharapkan agar lebih ramai yang hadir menghulurkan bantuan bagi kita memastikan nasib mangsa ini dapat dibela dengan sebaiknya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Tiga terkorban kebakaran babit empat buah rumah

Artikel Berkaitan: