Empat kanak-kanak maut kebakaran kem musim panas di Rusia

Anggota penyiasat Kementerian Kecemasan Rusia meninjau lokasi kebakaran di sebuah kem musim panas terletak di wilayah Khabarovsk. - Foto Russian Emergency Ministry
A
A

MOSCOW - Empat kanak-kanak dilaporkan maut dalam kebakaran di sebuah kem musim panas di Rusia awal pagi Selasa.

Kebakaran di kem perkhemahan berhampiran bandar Komsomolsk-on-Amur, wilayah Khabarovsk itu menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun selain memusnahkan 20 khemah.

Menurut pihak berkuasa, dua lagi kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami luka kebakaran teruk meninggal dunia di hospital.

"Empat kanak-kanak menjadi korban kebakaran terbabit," kata jawatankuasa siasatan dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan berhubung insiden di kem yang dihadiri 189 kanak-kanak dan remaja berusia antara tujuh dan 15 tahun itu, dua orang termasuk pengarah kem terbabit turut ditahan.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia