Kedah 'underdog' berbanding Perak

Aidil Sharin mahu anak buahnya segera melupakan kekalahan 1-5 kepada Felda United pada aksi terakhir Liga Super 2019. - Foto AHMAD ZAKI OSMAN
Aidil Sharin mahu anak buahnya segera melupakan kekalahan 1-5 kepada Felda United pada aksi terakhir Liga Super 2019. - Foto AHMAD ZAKI OSMAN
A
A
A

ALOR SETAR - Perak tampil dengan corak berbeza pada pusingan kedua Liga Malaysia 2019 dan menampilkan permainan yang lebih baik sekali gus meletakkan Kedah sebagai pasukan 'underdog' di final Shopee Piala FA 2019 di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak mengakui The Bos Gaurus mempunyai kelebihan namun Lang Merah akan tampil dengan lebih garang dan memberikan segala-galanya sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung.

"Berdasarkan prestasi semasa, Perak adalah lebih baik namun dalam bola sepak apa-apapun boleh terjadi dan semua pemain Kedah perlu memberikan seratus peratus pada hari perlawanan.

"Sudah tentu kekalahan kepada Felda United 1-5 pada aksi akhir Liga Super 2019 perlu dilupakan segera dan paling penting saya mahu anak-anak buah saya kembali bangkit," katanya pada media ketika ditemui sebelum sesi latihan di Stadium Darul Aman petang tadi.

Mengulas mengenai rayuan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang akan membuat rayuan segera kepada Malaysia Football League (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar mempertimbangkan kad merah Renan Alves dalam perlawanan terakhir Liga Super 21 Julai baru-baru ini, Aidil berkata, beliau sudah mempunyai perancangan tersendiri.

"Saya tak boleh cakap siapa pemain yang akan menggantikan Renan Alves jika rayuan ditolak kerana mempunyai pelan A dan B. Saya perlu adil kepada semua pemain dan perlu menilai secara keseluruhan semua pemain terlebih dahulu.

"Siapa yang terbaik pada sesi latihan dan menunjukkan prestasi yang baik maka pemain tersebut yang akan diturunkan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa sokongan padu penyokong Hijau Kuning untuk membanjiri Stadium Bukit Jalil bagi memotivasikan semangat pemain yang sudah tentu akan diberikan tentangan habis-habisan pasukan lawan.

Artikel Berkaitan: