Gabungan kaunter di CIQ jimat masa pengguna

Kah Eng melihat keberkesanan ujian.
Kah Eng melihat keberkesanan ujian.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Satu ujian operasi atas gabungan kaunter Jabatan Imigresen Malaysia dengan Touch n' Go telah berjaya dijalankan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pagi tadi.

Ujian operasi itu turut disaksikan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kerja Raya (JKR) and pasukan pengurusan fasiliti BSI.

Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Andrew Chen Kah Eng berkata, hasil pemantauan mendapati gabungan kaunter itu dapat menjimatkan masa pengguna.

Menurutnya, ujian operasi itu adalah satu hala tuju yang baik dan agensi kerajaan terlibat sudah berusaha mengatasi masalah kesesakan di BSI.

Kah Eng sedang melakukan pemantauan ujian.
Kah Eng sedang melakukan pemantauan ujian.

"Saya difahamkan agensi akan membuat laporan selepas ujian operasi dan semoga cadangan gabungan kaunter dapat direalisasikan di 38 kaunter di BSI," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang berkata, kedudukan semasa kaunter yang dipisahkan sejauh empat meter menyebabkan pengguna perlu berhenti dua kali.

"Ini untuk menyelesaikan urusan imigresen dan pembayaran tol, manakala kereta Singapura ditambah dengan urusan caj jalan raya (RC)," katanya.

Artikel Berkaitan: