Reda dengan apa yang berlaku: PU Rizz

Pelakon & penceramah, PU Rizz
Pelakon & penceramah, PU Rizz
A
A
A

PENCERAMAH bebas, PU Rizz berkata dia reda dengan kontroversi mengaibkan dirinya diri sebelum ini.

Melupakan kisah lalu, pemuda berusia 24 tahun itu mahu fokus pada kerjaya seni dan bidang baharu diceburinya, perniagaan makanan sebuah restoran Islamik, Food Station di Jalan Tun Sambanthan berhadapan NU Sentral.

“Apa yang telah berlaku biarlah berlalu dan saya pun sudah mengeluarkan kenyataan serta mahu meneruskan hidup dengan memberi sepenuh tumpuan kepada kerjaya seni dan perniagaan makanan saya ini.

“Saya juga nak fokus dengan perkara yang dapat memberikan manfaat kepada diri kita semua,” jelasnya yang ditemui Sinar Harian pada petang tadi.

Dalam pada itu, PU Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Harris Mohd Ismail berkata, kedai makanannya sudah beroperasi sejak lapan bulan lalu.

Antara tarikan lain selain menyediakan lebih 500 hidangan yang menyentuh selera hampir seantero dunia, Harris turut menyediakan kuliah percuma.

“Dalam pada itu saya juga akan mengadakan kuliah percuma terbuka kepada semua orang yang hadir.

“Bermula selepas Maghrib sehingga sebelum masuk waktu Isyak. Tentang tajuk kuliah nanti saya akan ambil daripada audiens di sosial media selepas saya umumkan,” akhirinya.

Artikel Berkaitan: