Elak motosikal, kereta terjunam dalam parit

Kereta dipandu mangsa terjunam ke dalam parit di Jalan Pekan Selasa Lama, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar hari ini.
Kereta dipandu mangsa terjunam ke dalam parit di Jalan Pekan Selasa Lama, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Gara-gara mengelak sebuah motosikal, seorang jurujual wanita berdepan detik cemas apabila kereta dipandu terjunam ke dalam parit di Jalan Pekan Selasa Lama, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar hari ini.

Dalam kejadian jam 8.55 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun memandu kereta jenis Honda City dari arah Tanjong Karang menuju ke Sungai Besar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan selepas mengelak sebuah motosikal yang membelok ke simpang kanan jalan itu.

"Kenderaan dipandu mangsa cuba mengelak ke kiri bagaimanapun terjunam ke dalam parit.

"Mangsa berjaya keluar dari kereta terbabit secara bersendirian manakala penunggang motosikal melarikan diri dari tempat kejadian," katanya.

Menerutnya, mangsa mengalami luka di bibir berikutan terkena stereng kereta, namun tiada kecederaan serius dilaporkan.

"Kemalangan mengakibatkan Honda City berkenaan kemik pada bahagian hadapan dan pecah bahagian belakang," katanya.

Artikel Berkaitan: