Lelaki pukul sepupu, kejar bapa saudara dengan parang diburu

MOHD ZAMRI
MOHD ZAMRI
A
A
A

JERTIH - Seorang lelaki bukan sahaja bertindak memukul seorang remaja lelaki yang dikatakan membuat bising tetapi turut mengejar bapa remaja berkenaan dengan parang dalam kejadian di Kampung Sungai Renek di sini, petang semalam.

Suspek berusia lingkungan 20-an itu dipercayai di bawah pengaruh dadah didakwa telah memukul sepupunya berusia 13 tahun ketika bermain di hadapan rumah.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, bapa mangsa berusia 45 tahun yang bekerja sebagai kelindan lori segera pulang ke rumah selepas mendapat tahu mengenai kejadian dan mendapati anaknya mengalami lebam serta bengkak di muka akibat perbuatan suspek yang juga anak saudaranya.

"Bapa mangsa pergi berjumpa suspek yang tinggal tidak jauh dari rumahnya untuk bertanya alasan dia memukul anaknya, namun suspek bertindak mengejarnya sambil membawa sebilah parang.

"Mangsa melarikan diri bagi menyelamatkan diri sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Jerteh untuk tindakan lanjut.

“Polis sedang berusaha mengesan suspek yang sudah dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan," katanya.

Artikel Berkaitan: