X

Kindly register in order to view this article
!

Proton R3 tawan podium

PUSINGAN ketiga MCS memberi cabaran yang hebat kepada R3 dalam usaha untuk memaksimumkan mata perlumbaan.
A
A

Kuasai pusingan ketiga MCS 2019, paling menonjol dalam kelas M-Production

SEMAKIN MANTAP. Demikian gambaran prestasi pasukan Proton R3 yang berjaya menguasai pusingan ketiga Siri Kejuaraan Malaysia (MCS 2019).

Berdasarkan rekod, kemenangan itu diraih dua kali berturut-turut termasuk mendapat tempat di podium pada acara yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor baru-baru ini.

Pada perlumbaan kedua itu, ketiga-tiga jentera pasukan Proton R3 iaitu Proton Saga, Iriz dan Suprima S berjaya menawan podium dengan begitu bergaya.

Ia sekali gus menjadikan R3 pasukan paling menonjol dalam kelas M-Production.

Mengimbas permulaan perlumbaan, pada awalnya ia tidak berlangsung seperti dirancang.

Proton Suprima S yang dipandu oleh Mitchell Cheah layak berada di pole position. Pun demikian, rakan sepasukannya, Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali yang memandu Proton Iriz dan James Veerapen (memandu Proton Saga) terpaksa bermula di tempat keempat dan kelima pada grid permulaan.

Semasa perlumbaan, Proton Suprima S yang dipandu Mitchell menguasai perlumbaan itu dan memberikan R3 satu lagi kemenangan kelas M-Production.

Dua lagi jentera R3 mengakhiri perlumbaan di tempat keempat dan kelima. Apa yang jelas, pasukan itu perlu berusaha dengan lebih keras bagi mencapai kemenangan seterusnya.

Sesi perlumbaan kedua pula menyaksikan ketiga-tiga jentera tersebut pantas mendahului. Prestasi unggul pada Proton Suprima S, Iriz dan Saga memberikan pasukan itu satu perlumbaan yang tidak dapat ditandingi.

Pada akhir perlumbaan, Proton Iriz yang dipandu Farique dan Syafiq berjaya melintasi garisan penamat. Ia diikuti Mitchell dengan Proton Suprima S dan James bersama jentera yang dipandu Proton Saga.

Itu kali pertama R3 menamatkan perlumbaan pada kedudukan tiga teratas. Nama pelumba Proton R3, Fariqe dan Syafiq hanya dua mata di belakang pemenang kejuaraan terkini untuk kelas M-Production dalam Siri Kejuaraan Malaysia tahun ini.

Sejak 15 tahun lalu, Pasukan Proton R3 giat menceburi beberapa acara sukan bermotor yang berprestij di Malaysia dan di seluruh rantau ini.