KPDNHEP Kelantan rampas gula-gula 'Ghost Smoke'

Penguatkuasa KPDNHEP memeriksa premis perniagaan berdekatan sekolah.
Penguatkuasa KPDNHEP memeriksa premis perniagaan berdekatan sekolah.
A
A
A

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan telah merampas gula-gula 'Ghost Smoke Cool Fruit Powder' berhampiran sebuah sekolah di sini.

Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, hasil aduan awam pihaknya telah menjalankan pemeriksaan di premis berkenaan dan telah menemui 40 unit gula-gula 'Ghost Smoke' berkenaan.

Beliau berkata, dalam masa yang sama pihaknya telah menjalankan pemeriksaan di beberapa premis berdekatan sekolah di seluruh negeri.

“Berdasarkan maklumat yang diterima gula-gula itu dijual kepada pelajar sekolah dengan harga RM0.50 seunit dan bekalannya diperoleh daripada pembekal di sekitar Kota Bharu.

Gula-gula 'Smoke Ghost'.
Gula-gula 'Smoke Ghost'.

“Pemeriksaan sedang dijalankan bagi mengenal pasti pembekal barang tersebut. Siasatan akan dijalankan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM250,000 bagi suatu pertubuhan perbadanan,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Katanya, pembekal individu pula boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Beliau berkata, KPDNHEP Kelantan akan sentiasa memantau dari masa ke semasa berhubung perkara ini dan pihak yang terlibat diminta supaya mematuhi peruntukkan undang-undang.

Artikel Berkaitan:

Sebarang aduan boleh disalurkan kepada kementerian menerusi talian 03-8000 8000 1Malaysia One Call Centre (1MOCC); talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) 1-800-886-800; aplikasi telefon pintar Ez ADU; emel ke e-aduan@kpdnhep.gov.my; atau SMS ke 15888 dengan menaip KPDNHEP ADUAN ; atau lapor ke mana-mana pejabat KPDNHEP terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN Wan Azizah mahu penjualan 'Ghost Smoke' dihentikan segera