Pukul isteri, lelaki dikenakan bon berkelakuan baik

Seorang pekerja ubah suai rumah dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Seremban hari ini selepas mengaku salah memukul isterinya bulan lalu.
Seorang pekerja ubah suai rumah dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Seremban hari ini selepas mengaku salah memukul isterinya bulan lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang pekerja ubah suai rumah dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun berserta cagaran RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini selepas mengaku salah memukul isterinya bulan lalu.

Majistret Mahyun Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Chee Hui, 46, selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera kepada isterinya berusia 37 tahun dengan memukul mulutnya.

Perbuatan itu dilakukan pada 21 Jun 2019, kira-kira jam 4.30 petang di sebuah rumah di Jalan Orkid, Mantin, Seremban.

Tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon hukuman ringan kerana telah insaf dan sudah memohon maaf kepada bekas isterinya.

"Saya percaya pengakuan salah tertuduh sudah dapat menjimatkan masa mahkamah dan sepanjang kes ini tertuduh bagi kerjasama penuh kepada polis selain ini merupakan kesalahan pertamanya," katanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mas Syafiqah Mahroob.

Artikel Berkaitan: