Saya takkan terperangkap dengan politik kotor, kata Tun M

Tun Dr Mahathir - Foto Bernama
Tun Dr Mahathir - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bukannya mempertahankan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung satu video intim viral yang didakwa mirip seorang menteri Kabinet, baru-baru ini

Beliau juga berkata, politik kotor tidak akan dapat memerangkap beliau menjadi sebahagian daripadanya

“Saya bukan mempertahankan beliau (Mohamed Azmin). Saya hanya berkata bahawa politik jenis kotor yang seumpama tidak akan dapat memerangkap saya menjadi sebahagian daripadanya.

“Jelas sekali, seseorang cuba untuk menggunakan saya bagi mencapai matlamat mereka. Ini bukan satu video yang biasa anda lihat sebelum ini; ini sengaja diwujudkan bagi mencapai matlamat jahat yang tertentu bagi menghalang seseorang daripada maju dalam politik.

“Ini telah dirancang dan saya tidak akan menjadi ejen untuk menjayakan rancangan itu,” katanya selepas melancarkan Strategi Kebangsaan Bagi Literasi Kewangan 2019-2023 di Sasana Kijang, Bank Negara di sini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: