Penerbangan ihsan TUDM bantu pesakit perlu pembedahan segera

Foto instagram TUDM
Foto instagram TUDM
A
A
A

TAWAU - Seorang lelaki berusia 42 tahun, hari ini diterbangkan dari Tawau ke Kota Kinabalu melalui penerbangan ihsan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menjalani pembedahan segera di Hospital Queen Elizabeth II.

Pengidap penyakit Saccular Anterior Communicating Artery Aneurysm, Roslan Marjan yang memerlukan pembedahan segera diterbangkan dengan pesawat jenis helikopter S61A-4 (Nuri) yang beroperasi di Lapangan Terbang Tawau.

TUDM dalam kenyataan berkata, pesawat yang dikendalikan juruterbangnya Mejar Muhamad Rusli Wwan Sulaiman, pembantu juruterbang, Kapten Ahmad Hazman Jaafar dan dua krew kapal berlepas pada 9.25 pagi dan selamat tiba ke Kota Kinabalu pada jam 10.45 pagi sebelum pesakit dibawa ke hospital.

Pesakit diiringi isterinya, Masdia Budin, selain bapa pesakit Husain Parence serta pegawai perubatan dari Hospital Besar Tawau, Dr Chew Tien Chuen dan jururawat Umi Siti Aisah Aminah Ithnin.

Menurut kenyataan TUDM itu, adalah menjadi tanggungjawab pihaknya dalam memberikan komitmen untuk memenuhi keperluan kebajikan masyarakat.- Bernama

Artikel Berkaitan: