MB Perak hadir Sidang DUN dalam keadaan bertongkat

Ahmad Faizal yang bertongkat hadir pada hari pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Dewan Negeri yang ke-14 hari ini. - Foto IHSAN PEJABAT MB PERAK
Ahmad Faizal yang bertongkat hadir pada hari pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Dewan Negeri yang ke-14 hari ini. - Foto IHSAN PEJABAT MB PERAK
A
A
A

IPOH - Biarpun berjalan menggunakan tongkat, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tetap hadir Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Dewan Negeri yang ke-14 bermula hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal disahkan doktor mengalami jangkitan di kaki kiri dan perlu menjalani rawatan antibiotik.

Susulan itu, Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang dinasihatkan doktor untuk berehat di hospital bagi menerima rawatan.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal dikhabarkan tetap akan menghadiri hari kedua Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Dewan Negeri yang ke-14 yang dijadualkan esok bagi menjalankan tugas-tugas rasmi lain.

Sementara itu, persidangan DUN Perak yang dijadual berlangsung selama tiga hari dipendekkan kepada dua hari selepas Speaker DUN, Datuk Ngeh Ko Ham mengumumkan perkara tersebut pada awal persidangan.

Persidangan kali ini turut membentangkan lima surat dewan negeri termasuk laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) Perak berkaitan penambahbaikan urusan pentadbiran dan pengurusan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc).

Pada persidangan kali ini juga usul semua ADUN Perak perlu mengisytiharkan harta mereka termasuk isteri atau suami, anak dan pemegang amanah dalam akuan berkanun yang dibawa oleh ADUN Pasir Bedamar, Terence Naidu.

Artikel Berkaitan: