Polis berkas pemandu Grab samun kedai serbaneka

Antara barang yang dirampas susulan tertangkapnya seorang lelaki selepas menyamun sebuah premis di Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur, kelmarin.
Antara barang yang dirampas susulan tertangkapnya seorang lelaki selepas menyamun sebuah premis di Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur, kelmarin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu Grab diberkas polis selepas menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Salak Selatan Baru, di sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, suspek lelaki terbabit terus mengambil wang tunai di dalam mesin wang, rokok serta pelbagai minuman keras.

Katanya, semasa suspek hendak melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta, tiba-tiba telah datang beberapa anggota polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah.

"Cubaan suspek untuk melarikan diri gagal dan dia ditahan.

"Pemeriksaan menjumpai barangan yang disamun antaranya dua bungkus plastik mengandungi wang siling, sejumlah wang tunai, 68 kotak rokok pelbagai jenama, 15 botol minuman keras yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM1,500," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek berusia 21 tahun itu didapati negatif dadah.

Katanya, siasatan juga mengesyaki suspek yang bekerja sebagai pemandu Grab ini terlibat dengan kes samun kedai serbaneka 24 jam lain yang dilaporkan di kawasan lain.

"Suspek kini direman selama lima hari sehingga Khamis. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: